Wednesday, 23 May 2012

Aku sayang2 sahabat2ku dan juga sayangku..



Status Update
By Saya sayangkan awak kemaren hari ini esok dan selamanya.
Maaf saya juga hanyalah insan biasa yang mana punyai banyak kelemahan dan kesilapan. Kadang-kadang atau selalu saya menyakiti hati seorang sahabat tanpa saya sedar, bila saya sedar timbul rasa bersalah di hati ini, kadang-kadang saya juga selalu menyakiti hati seorang sahabat dalan keadaan sedar.
Seringkali saya akan menyatakan pada diri, " mengapa saya melakukan itu semua? mengapa saya menyakiti hati orang lain? adakah dia memaafkan saya? " andai waktu boleh diputar kembali saya akan lebih berhati-hati dalam berkata-kata dan perbuatan. saya akui, saya bukanlah seorang sahabat yang baik, sahabat yang sejati, sahabat yang menjadi tempat bagi orang lain mengadu masalah. namun dalam kehidupan saya sehari-hari, saya berusaha menjadi seorang sahabat yang diidam-idamkan oleh semua orang? Tetapi saya tidak berdaya.

Saya tahu, banyak kekurangan pada diri ini. kepada sahabat-sahabat saya, saya minta maaf zahir dan batin, dunia dan akhirat jika selama ini saya melakukan kesilapan tidak kira sengaja atau tak tersengaja, melalui perbuatan atau kata-kata. Kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini, saya juga minta maaf jika segala perbuatan saya dan kata-kata saya membuatkan anda semua menyampah dengan insan yang tidak sempurna ini. kadang-kadang saya hanya pandai berkata-kata tapi tidak pernah melakukannya. Tidak pernah melaksanakannya. Maafkan saya.
Andainya anda semua mempunyai kesilapan, saya telah memaafkannya di dunia dan akhirat. terima kasih kerana menjadi sebahagian dalam kehidupan saya. saya gembira kerana dipertemukan dengan kamu semua. Kamulah yang membuatkan sebahagian kehidupan yang saya lalui ini ceria dan menyeronokkan serta membahagiakan. Sesungguhnya dari anda semualah saya dapat menikmati dan mengetahui erti persahabatan. Terima kasih sekali lagi.



***Di abadikan khas buat semua sahabat2 saya di dunia maya atau pun nyata saya tak lupa juga kawan2 yg membaca coretan ini.
Der, bro khas kan tok buat awak.. mgbu..love you from the bottom of my heart.

No comments:

Post a Comment